PPPM DUNIA MUZIK Tahun 2

July 16, 2014  |  By  | 


DUNIA   MUZIK   TAHUN   2   MATLAMAT KURIKULUM DUNIA MUZIK Kurikulum Dunia Muzik sekolah rendah bermatlamat untuk membina potensi diri murid ke arah melahirkan insan kreatif yang menghayati dan menikmati muzik secara intelektual menerusi aktiviti muzikal. OBJEKTIF KURIKULUM DUNIA MUZIK Kurikulum Dunia Muzik bertujuan untuk membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut: 1. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman muzik menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik. 2. Mengaplikasi pengetahuan membaca notasi muzik dalam aktiviti muzikal. 3. Menghasilkan idea muzikal kreatif menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan bermain alat muzik. 4. Membaca dan menulis notasi muzik. 5. Menghargai pelbagai jenis muzik dengan menyatakan secara lisan dari aspek muzikal karya muzik yang didengar. 6. Mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal . OBJEKTIF KURIKULUM DUNIA MUZIK TAHUN 2 Kurikulum Dunia Muzik Tahun 2 bertujuan untuk membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut: 1. Menyanyi lagu dengan pic, ton suara dan dinamik yang sesuai serta sebutan dan pernafasan yang betul mengikut tempo. 2. Memainkan perkusi dengan dinamik yang sesuai mengikut tempo. 3. Memberi respon terhadap muzik yang didengar menerusi pergerakan berdasarkan dinamik, pic, tempo, bunyi panjang dan pendek, mud serta lirik. 4. Menghasilkan pelbagai bunyi, corak irama dan melodi menerusi aktiviti muzikal. 5. Mengenal pasti warna ton daripada muzik vokal dan instrumental yang didengar. 6. Mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada muzik yang didengar