Explore Flipsnack. Transform boring PDFs into engaging digital flipbooks. Share, engage, and track performance in the same platform.
From magazines to catalogs or private internal documents, you can make any page-flip publication look stunning with Flipsnack.
Check out examples from our customers. Digital magazines, zines, ebooks, booklets, flyers & more.
Pre-made templates to create stunning publications in minutes
Here are eight reasons why you should consider choosing interactive, digital flipbooks instead of boring and static PDFs. Check them out!
Portal Pendidikan Utusan 2004 © Hak Cipta Terpelihara hingga Baca cerita di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. “Mengapa bising sangat? Kamu sepatutnya menggunakan masa terluang dengan melakukan kerja-kerja yang berfaedah. Bukannya membuang masa!” kata Cikgu Salwa dengan suara yang agak tinggi. Kedatangan Cikgu Salwa secara tiba-tiba itu menjadikan kelas yang tadinya hingar-bingar menjadi sunyi-sepi. Tiada sesiapa pun yang berani mengangkat muka. Masing-masing menundukkan kepala. “Hamimah, kamu ikut saya ke pejabat sekarang juga,” kata Cikgu Salwa sambil menuding ke arah Hamimah yang duduk di belakang kelas. Hamimah tergamam apabila namanya disebut oleh Cikgu Salwa. Tanpa banyak soal dia mengekori Cikgu Salwa ke pejabat Guru Besar. Sofea tertanya-tanya, mengapa Hamimah dipanggil oleh Guru Besar? Adakah dia telah melakukan sesuatu kesalahan atau melanggar peraturan sekolah? Suasana di kelas kembali hingar-bingar. Kali ini mereka berbincang tentang Hamimah yang dipanggil ke pejabat Guru Besar. Tidak lama kemudian, Hamimah kembali ke kelas. Mukanya kelihatan pucat dan matanya merah berair. Sofea menghampirinya. “Apa yang telah berlaku?” tanya Sofea separuh berbisik. Hamimah memandang Sofea. “Ibu saya menghidap penyakit barah tulang, seperti nenek,” bisiknya. Air matanya mengalir lagi. Hamimah mula mengemaskan buku-bukunya. Dia ingin segera melawat ibunya di hospital. Dalam perjalanan pulang ke rumah petang itu, Sofea berfikir tentang nasib Hamimah yang malang itu. Sofea bertekad mahu membantu Hamimah. Dengan bantuan abang Sofea yang bekerja di Kuala Lumpur, kisah ibu Hamimah dapat di dalam surat khabar harian. Orang ramai dirayu untuk menghulurkan derma bagi menampung kos pembedahan ibu Hamimah. Nasib Hamimah sungguh baik. Banyak orang yang bersimpati dan menghulurkan bantuan. Pihak Kementerian Kesihatan turut membantu. Setelah wang mencukupi, pembedahan ibu Hamimah dapat dijalankan dengan segera. Akhirnya, nyawa ibu Hamimah dapat diselamatkan. 1. Apakah tujuan Cikgu Salwa datang ke kelas Hamimah? A. memarahi murid-murid yang berbuat bising B. memohon derma untuk membantu ibu Hamimah C. memanggil Hamimah ke pejabat Guru Besar D. memberitahu murid-murid tentang penyakit ibu Hamimah 2. Apakah sikap yang ditunjukkan oleh Sofea? A. suka menyibuk B. banyak soal C. prihatin D. banyak mulut
The cookies we use on Flipsnack's website help us provide a better experience for you, track how our website is used, and show you relevant advertising. If you want to learn more about the cookies we're using, make sure to check our Cookie policy
We use essential cookies to make our site work for you. These allow you to navigate and operate on our website.
We use performance cookies to understand how you interact with our site.They help us understand what content is most valued and how visitors move around the site, helping us improve the service we offer you.
We use marketing cookies to deliver ads we think you'll like.They allow us to measure the effectiveness of the ads that are relevant for you.