Get more exposure for your business with the new HTML5 flipbooks. Learn more

PAPERWORK DESA SISWA 2.0

adibah adnan


Published on December 1, 2014

PROGRAM CINTA DESA SISWA 2.0 KELAB SAHABAT SATU MALAYSIA 10 13 APRIL 2014 siasi Pencetus Mobiliti Siswa” KERTAS KERJA PROGRAM CINTA DESA SISWA 2.0 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini bertujuan untuk menerangkan tentang Program Cinta Desa Siswa 2.0 oleh Kelab Sahabat Satu Malaysia bagi memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPEL) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan memohon surat perlepasan cukai kepada pihak yang ingin memberi sumbangan untuk program ini. 2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG Program Cinta Desa Siswa 2.0 ini merupakan salah satu aktiviti Kelab Sahabat Satu Malaysia yang dirancang untuk pengisian pada semester 2 pada sesi 2013/2014. Program Cinta Desa Siswa kali ini mensasarkan penglibatan daripada pelajar Sekolah Menengah Tunku Putra dan masyarakat setempat di Kampung Masjid Lama. Selain itu, pemeriksaan klinikal juga disediakan kepada masyarakat setempat. Aktiviti ini bertujuan merapatkan hubungan antara ahli kelab dan memupuk semangat satu Malaysia selain memberi peluang kepada ahli kelab untuk berinteraksi dengan masyarakat disamping membentuk jati diri serta menanam semangat satu Malaysia bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Program ini terbuka kepada semua ahli kelab Sahabat Satu Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama. 3.0 MISI Mendekatkan diri dengan masyarakat disamping dapat mengukuhkan perpaduan di antara ahli kelab yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan melahirkan mahasiswa/i yang berketerampilan, terkehadapan, bijak berkomunikasi seiring dengan adab dan norma kehidupan dan seterusnya memartabatkan nama Universiti Kebangsaan Malaysia pada mata masyarakat.