TOKOH USAHAWAN MALAYSIA(bisnes)2

December 9, 2014  |  By  | 


LATAR BELAKANG Tan Sri Anthony Francis Fernandes dilahirkan pada 30 April 1964 di Kuala Lumpur. Kini beliau berusia umur 47 tahun. Bapanya bernama Stephen Edward Fernandes manakala ibunya bernama Ena Dorothy Fernandez. Pada usia muda, Tony selalu mengikuti ibunya seorang pengusaha kepada pihak peniaga Tupperware dan konvensyen. Beliau mendapat pendidikan di Epsom College 1977 hingga 1983 dan kemudian lulus dari London School of Economics pada tahun 1987. Beliau bekerja sebentar dengan Virgin Atlantic sebagai seorang juruaudit, kemudiannya menjadi pengawal kewangan untuk Rekod Virgin Richard Branson di London dari 1987 hingga 1989. Sewaktu kembali ke Malaysia pada umur 27, dia menjadi pengarah urusan yang termuda di Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd. Selanjutnya dari tahun 1992 sehingga 2001, dia menjadi naib presiden Wilayah Asia Tenggara Selatan bagi Kumpulan Warner Music. Pada masa Time Warner Inc. bergabung dengan America Online, Fernandes meninggalkan syarikatnya bagi mengejarkan impiannya untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah.

More from ameirkian1011