Malaysia

May 17, 2015  |  By  | 


Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi berkeluasan 329,847 kilometer persegi (127,350 bt persegi).[13][14] Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur).[13] Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei[13] dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina.[15] Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia diduduki 28 juta orang.

More from Daniel Hakim