Get more exposure for your business with the new HTML5 flipbooks. Learn more

28.08.14_PERATURAN_PENTADBIRAN_Ujian_Bertulis_PT3

Miftah Jinan


Published on November 30, 2014

2 2 INSTRUMEN PENTAKSIRAN 2.1 LEMBAGA PEPERIKSAAN i. Menyediakan dokumen pentaksiran dan memuat naik di Aplikasi PT3. Aplikasi PT3 mengandungi item pentaksiran dan panduan pemasangan instrumen. 2.2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI i. Memastikan sekolah memuat turun dokumen pentaksiran ujian bertulis dari Aplikasi PT3. ii. Melantik Pentaksir Kawasan untuk membuat verifikasi instrumen pentaksiran ujian bertulis bagi menjamin kesahan dan kebolehpercayaan skor. iii. Mengeluarkan surat arahan bagi Pentaksir Kawasan untuk membuat verifikasi instrumen pentaksiran ujian bertulis. 2.3 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH i. Memastikan sekolah memuat turun dokumen pentaksiran ujian bertulis dari Aplikasi PT3. ii. Memastikan Pentaksir Kawasan membuat verifikasi instrumen pentaksiran ujian bertulis bagi memastikan pemasangan instrumen mematuhi panduan pemasangan instrumen. iii. Memastikan sekolah memperbanyakkan instrumen pentaksiran. 2.4 PENGETUA i. Melantik Setiausaha Peperiksaan (SUP) untuk memuat turun item ujian bertulis dari Aplikasi PT3. ii. Menerima instrumen pentaksiran daripada Ketua Panitia dan menurunkan tandatangan untuk mengesahkan instrumen pentaksiran ujian bertulis mematuhi panduan pemasangan instrumen. iii. Melantik guru mata pelajaran memperbanyakkan dan menyimpan instrumen pentaksiran. iv. Menyediakan almari/ bilik berkunci untuk menyimpan instrumen pentaksiran sehingga hari pelaksanaan pentaksiran. 2.5 PENOLONG KANAN PENTADBIRAN i. Memastikan Setiausaha Peperiksaan memuat turun item ujian bertulis dari Aplikasi PT3 dan menyerahkannya kepada Ketua Panitia. ii. Memastikan Ketua Panitia memasang instrumen pentaksiran ujian bertulis dan menyerahkan instrumen pentaksiran kepada Pengetua untuk pengesahan. iii. Membantu Pengetua untuk menyemak pemasangan instrumen pentaksiran ujian bertulis menepati panduan pemasangan instrumen dan membuat pengesahan instrumen pentaksiran. iv. Menerima instrumen pentaksiran yang telah diperbanyakkan untuk disimpan mengikut prosedur keselamatan. v. Menyerahkan instrumen pentaksiran kepada Ketua Panitia mengikut Jadual Waktu Ujian Bertulis PT3.

Similar publications