Explore Flipsnack. Transform boring PDFs into engaging digital flipbooks. Share, engage, and track performance in the same platform.
From magazines to catalogs or private internal documents, you can make any page-flip publication look stunning with Flipsnack.
Check out examples from our customers. Digital magazines, zines, ebooks, booklets, flyers & more.
Pre-made templates to create stunning publications in minutes
Here are eight reasons why you should consider choosing interactive, digital flipbooks instead of boring and static PDFs. Check them out!
2 KATA PENGANTAR Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) yang diwajibkan ke atas semua pelajar universiti awam di negara ini sejak sesi akademik 1998/99 adalah suatu kursus yang sungguh unik. Tidak ada universiti di mana-mana negara lain di dunia yang mempunyai kursus seperti kursus TITAS. Keunikan kursus TITAS terletak pada dua perkara. Pertama, isi kandungan kursus ini dikira cukup istimewa. Kedua, kursus ini diwajibkan ke atas semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam tanpa mengira bidang pengajian mereka. Oleh itu, kursus ini tidak ada tandingnya dari segi sasaran pelajarnya. Yang menjadikan isi kandungan kursus TITAS istimewa ialah tumpuannya kepada ilmu ketamadunan dan pengetahuan tentang tamadun-tamadun terbesar di dunia. Turut dimuatkan dalam kursus ini ialah perbincangan tentang isu masa depan tamadun umat manusia termasuklah isu peranan dialog tamadun yang banyak diperkatakan dewasa ini . Dalam era masyarakat antarabangsa yang pernah dikejutkan dengan teori pertembungan tamadun/peradaban (‘clash of civilizations’) rumusan Samuel P. Huntington pada tahun 1993 pembelajaran tentang ilmu ketamadunan dan tamadun-tamadun besar dunia memang dikira menarik dan ia dianggap sebagai mempunyai kesignifikanan yang tersendiri. Dunia ingin tahu sama ada teori pertembungan tamadun seperti yang diutarakan oleh Huntington berasas atau tidak. Dari segi sejarahnya, kewujudan kursus TITAS mempunyai hubungkait dengan reaksi hangat pelbagai pihak di merata tempat di dunia terhadap teori Huntington. Kursus TITAS mahu menunjukkan kepada dunia bahawa apa yang sebenarnya berlaku dalam sejarah tamadun umat manusia khususnya di sebelah Asia bukanlah pertembungan dan konflik tamadun tetapi sebaliknya adalah interaksi membangun, pertukaran idea dan barangan budaya dan proses pinjam meminjam antara tamadun. Saya tidak mengatakan bahawa kursus TITAS telah diwujudkan semata-mata atas pertimbangan untuk menjawab teori Huntington. Ada banyak pertimbangan lain seperti yang akan saya jelaskan nanti. Tetapi sebagai salah seorang yang terlibat dalam mengasaskan kursus ini saya ingat benar bahawa usaha untuk menyediakan perspektif hubungan antara tamadun yang berupa alternatif kepada teori Huntington bagi keperluan para pelajar pusat pengajian tinggi memang muncul dalam pertimbangan para pengasas kursus ini. Dengan kata lain, kelahiran kursus TITAS telah turut dipengaruhi oleh polemik antarabangsa di sekitar isu teori pertembungan tamadun Huntington. Pemuatan kupasan tentang isu dialog tamadun dalam kursus TITAS juga mempunyai hubungkait dengan teori Huntington. Dialog tamadun adalah salah satu reaksi terhadap teori tersebut. Sewaktu saya memegang jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik, Penyelidikan & Sumber Manusia) Universiti Malaya (1995-2000) saya telah mengambil inisiatif menubuhkan Pusat Dialog Peradaban pada tahun 1996. Di antara tujuannya ialah untuk menggalakkan dialog antara budaya dan tamadun, khususnya antara dunia Islam dan Barat. Seperti banyak pihak lain di dunia yang cukup memahami percaturan politik antarabangsa Amerika Syarikat kita memandang serius terhadap teori Huntington bukan kerana kebenaranya tetapi kerana implikasi politiknya kepada dunia. Kita penuh yakin bahawa teori itu tidak benar . Tetapi kita sedar bahawa di Amerika Syarikat teori yang kurang berasas kadangkala boleh diambil oleh para pembuat dasar untuk dijadikan dasar negara yang boleh mengancam keselamatan dan kedamaian banyak negara di dunia. Sehubungan dengan isu ini kita juga sedar bahawa Huntington adalah seorang ilmuwan yang mempunyai hubungan rapat dengan kelompok-kelompok tertentu di kalangan pembuat dasar dan pendesak politik. Sebagai kuasa terbesar di dunia Amerika Syarikat
The cookies we use on Flipsnack's website help us provide a better experience for you, track how our website is used, and show you relevant advertising. If you want to learn more about the cookies we're using, make sure to check our Cookie policy
We use essential cookies to make our site work for you. These allow you to navigate and operate on our website.
We use performance cookies to understand how you interact with our site.They help us understand what content is most valued and how visitors move around the site, helping us improve the service we offer you.
We use marketing cookies to deliver ads we think you'll like.They allow us to measure the effectiveness of the ads that are relevant for you.