Explore Flipsnack. Transform boring PDFs into engaging digital flipbooks. Share, engage, and track performance in the same platform.
From magazines to catalogs or private internal documents, you can make any page-flip publication look stunning with Flipsnack.
Check out examples from our customers. Digital magazines, zines, ebooks, booklets, flyers & more.
Pre-made templates to create stunning publications in minutes
Here are eight reasons why you should consider choosing interactive, digital flipbooks instead of boring and static PDFs. Check them out!
Sistem pendidikan di Malaysia telah banyak berubah sejak komputer dan teknologi Internet diperkenalkan. Kemunculan teknologi tersebut telah merubah cara individu berfikir dan berkomunikasi serta kaedah pengajar menyampaikan ilmu dalam bentuk fakta, juga bagaimana pelajar menggunakan Internet sebagai sumber maklumat yang penting. Oleh itu, pebagai usaha perlu dipertingkatkan untuk mempromosikan penggunaan Internet di kalangan pelajar dan pengajar. Penggunaan Internet kini bukan lagi setakat mendapatkan maklumat sahaja tapi sudah menjangkau pelbagai aspek dalam kehidupan mahupun kerja seharian. Cara kita berkomunikasi telah berubah pada masa kini di mana melalui Internet kita boleh menggunakan emel, skype, Facebook, Twitter dan sebagainya. Golongan yang mengaplikasikan penggunaan Internet dalam kehidupan seharian terdiri darí pelbagai golongan termasuklah para pelajar dan pendidik. Pembelajaran berasaskan teknologi maklumat wajar diaplikasikan sebagai salah satu pendekatan pembelajaran dinamik. Penggunaan teknologi maklumat mampu meningkatkan kreativiti, mengembangkan pemikiran, menggerakkan minda serta menjadikan pelajar menganalisis data saintifik khususnya dengan sebaiknya. Buku ini merupakan hasil usaha kolektif mengumpulkan beberapa aplikasi yang terdapat dalam persekitaran Windows dan juga yang diperolehi secara percuma menerusi muat turun dari beberapa laman web yang menyediakan kemudahan untuk kita menggunapakai perisian mereka. Perisian-perisian tersebut dikelompokkan ke dalam tujuh segmen iaitu Aplikasi Salin Skrin, Grafik, Suntingan, Persembahan, Peta Minda, Animasi dan juga Pengujian. Penulis merakamkan terima kasih kepada Chin Yong Kit atas sumbangan penulisan bagi tajuk Paint (Segmen 2) dan Movie Maker (Segmen 6) dan Chan Kim Fatt atas bantuan teknikal. Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada Pengarah dan Timbalan Pengarah (Inovasi Pengajaran-Pembelajaran) Pusat Pembangunan Akademik (CADe) UPM atas sokongan moral, dan pihak Universiti Putra Malaysia menyalurkan bantuan kewangan menerusi Geran Insentif Penyelidikan alam Pengajaran (GIPP) 2012/2014. Kami akui kompilasi ini tidak lengkap dan apatah lagi sempurna, namun setidak-tidaknya menjadi daya penggerak atau pemacu kepada pembaca untuk meneroka lebih banyak lagi perisian yang boleh digunakan dengan sebaiknya tanpa mengeluarkan wang sedikit pun. Kami sentiasa optimis dan yakin serta perlu juga kami ditegaskan, adalah tidak wajar mengatakan semua perisian percuma tiada berkualiti. Dengan kekangan kos kehidupan yang semakin meningkat, setidaknya penggunaan perisian atau aplikasi percuma dapat menggerakkan para pelajar dan pengajar terus menggunakan teknologi ICT dalam pembelajaran dan pengajaran agar kualitinya sentiasa dinamik dan terus dipertingkatkan. Kami juga akui tentunya banyak kelemahan di sana sini dalam buku ini. Kami dengan hati terbuka mengharapkan teguran yang membina dari pihak pembaca bagi memperbaiki kelemahan dan seterusnya meningkatkan kualitinya di masa hadapan. Segala kelemahan sudah pastinya hasil kerja kami, kerana hanya Allah sahajalah yang bersifat Maha Sempurna dan Maha Mengetahui. Sekian, Wassalam. Terima kasih. Aplikasi Praktikal Desktop untuk Pembelajaran Pengajaran Sidek Ab Aziz Marzanah A Jabar, Fatimah Sidi Wan Zuhainis Saad, Khaironi Yatim Sharif, Koh Tieng Wei Kumpulan Inovasi Pengajaran-Pembelajaran SATRIA (KIPPS) Pusat Pembangunan Akademik (CADe) Universiti Putra Malaysia
The cookies we use on Flipsnack's website help us provide a better experience for you, track how our website is used, and show you relevant advertising. If you want to learn more about the cookies we're using, make sure to check our Cookie policy
We use essential cookies to make our site work for you. These allow you to navigate and operate on our website.
We use performance cookies to understand how you interact with our site.They help us understand what content is most valued and how visitors move around the site, helping us improve the service we offer you.
Please note that declining these cookies will disable the ability to communicate with Flipsnack support.
We use marketing cookies to deliver ads we think you'll like.They allow us to measure the effectiveness of the ads that are relevant for you.