Explore Flipsnack. Transform boring PDFs into engaging digital flipbooks. Share, engage, and track performance in the same platform.
From magazines to catalogs or private internal documents, you can make any page-flip publication look stunning with Flipsnack.
Check out examples from our customers. Digital magazines, zines, ebooks, booklets, flyers & more.
Pre-made templates to create stunning publications in minutes
Here are eight reasons why you should consider choosing interactive, digital flipbooks instead of boring and static PDFs. Check them out!
yang berasal daripada perkataan gharim, yang bermaksud orang yang terikat dengan perjanjian (Qal’ahji, 2010) . Dari segi istilah pula, fuqaha mempunyai perbezaan pendapat dalam mendefinisikan asnaf al-gharimin. Wahbah Zuhaili (2011) misalnya menjelaskan mazhab Syafi’i dan Hanabilah mendefinisikan asnaf al-gharimin kepada dua bahagian. Pertama, orang yang berhutang untuk dirinya atau orang lain sama ada hutang tersebut untuk tujuan kebajikan atau maksiat. Kedua, orang yang berhutang untuk mendamaikan orang yang berselisih walaupun penghutang merupakan orang kaya. Menurut mazhab Hanafi pula, al-gharimin ialah orang yang berhutang dan tidak memiliki nisab (kadar) yang melebihi hutangnya (al-Qaradhawi, 2010). Manakala bagi mazhab Maliki, al-gharimin ialah orang yang berhutang dan tidak mempunyai harta untuk membayarnya dan tidak berhutang dalam perkara maksiat (al- Zuhaily, 2011). Di Malaysia misalnya, kebanyakan institusi-institusi zakat negeri mendefinisikan al- gharimin sebagai seseorang yang terpaksa berhutang kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Zakat dibahagikan kepada mereka untuk membantu mereka menyelesaikan hutang tersebut. Walau bagaimanapun, majoriti negeri-negeri di Malaysia berselisih dalam menentukan penyebab yang membolehkan orang berhutang dibantu menggunakan duit zakat. Kelantan sebagai contohnya membataskan hutang itu hanya bagi tujuan kepentingan umum. Negeri-negeri lain pula telah meluaskan lagi skop pembahagian zakat kepada golongan ini yang berhutang untuk keperluan peribadi, keluarga mahupun umum selagi tidak melibatkan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam seperti berjudi. Manakala skop sebab keberhutangan yang diberikan oleh negeri-negeri Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji telah meluaskan lagi tafsiran hutang kepada golongan yang berhutang disebabkan oleh bencana semula jadi dan juga mereka yang berhutang untuk menjalankan rawatan perubatan. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis teks daripada kitab- kitab fiqh yang muktabar serta tulisan kontemporari berkaitan isu zakat. Setelah diteliti karangan ulama daripada keempat-empat mazhab (Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali), tulisan ini akan membincangkan asnaf al-Gharimin dengan menjadikan mazhab Syafie sebagai asas disamping memetik beberapa masalah yang berkaitan daripada mazhab-mazhab lain, sesuai dengan enakmen pentadbiran agama Islam di kebanyakan negeri di Malaysia yang menjadikan Mazhab Syafie sebagai asas dalam pemilihan hukum. Seterusnya, pandangan-pandangan ini dinilai berdasarkan kerangka maqasid syariah, maslahah dan uruf bagi melihat kesesuaian pandangan yang dipilih dengan tuntutan semasa serta selari dengan garis panduan mazhab yang mendasari enakmen pentadbiran agama Islam di Malaysia. AL-GHARIMIN MENURUT KERANGKA FIQH
The cookies we use on Flipsnack's website help us provide a better experience for you, track how our website is used, and show you relevant advertising. If you want to learn more about the cookies we're using, make sure to check our Cookie policy
We use essential cookies to make our site work for you. These allow you to navigate and operate on our website.
We use performance cookies to understand how you interact with our site.They help us understand what content is most valued and how visitors move around the site, helping us improve the service we offer you.
We use marketing cookies to deliver ads we think you'll like.They allow us to measure the effectiveness of the ads that are relevant for you.