ADIBAH ADNAN A144405

December 2, 2014  |  By  | 


secara kasar; dan perubatan homeopati. Perubatan ini biasanya diterima secara meluas terutamanya di kawasan luar bandar kerana kadangkalanya lebih murah berbanding perubatan moden dan kerana kepercayaan dan kebudayaan mereka. Seperti perubatan moden, semua ubat-ubatan tradisional di Malaysia perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah untuk memastikan ubat-ubatan tersebut adalah selamat dan berkualiti dan pengamal perubatan tersebut juga perlu didaftar. Namun, masih terdapat ubat-ubatan tradisional yang tidak didaftarkan dan dijual secara tersembunyi dan lebih menakutkan, ia dipraktiskan oleh pengamal yang tidak berdaftar. Situasi ini banyak berlaku di kawasan luar bandar di atas faktor kurangnya ilmu dan pendedahan kepada proses-proses menghasilkan ubatan, kos pendaftaran yang agak mahal serta memerlukan tempoh masa yang lama, dan lebih menakutkan jika ubatan tersebut mengandungi bahan-bahan terlarang. Perkara seperti ini perlu diambil serius oleh pihak yang bertanggungjawab kerana jika kita lihat pada masa sekarang, banyak pencemaran ubat telah berlaku dan paling menyedihkan jika pada satu masa nanti bakal menjatuhkan reputasi negara kita. Terdapat pelbagai peranan ahli farmasi dalam bidang Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K). Antara tugasnya ialah memantau penggunaan herba, mengenalpasti kontraindikasi dan kesan sampingan penggunaan herba di unit-unit PT&K. Ini adalah penting kerana sesetengah ubatan herba boleh berinteraksi dengan ubatan moden dan menyebabkan kesan yang memudaratkan. Contohnya, jika Gingko atau Horse Chestnut digunakan bersama warfarin, ini berpotensi meningkatkan risiko pendarahan, dan rt digunakan bersama ubatan yang mengandungi theophylline, keberkesanan theophylline akan menurun. Tambahan pula, ubat-ubatan tradisional berpotensi untuk mengandungi bahan-bahan terlarang seperti salbuterol dan danazol yang diharamkan pengambilannya oleh para atlet bagi tujuan meningkatkan prestasi sukan. Selain itu, ubat tradisional yang tidak berdaftar juga mungkin mengandungi kandungan dos yang tidak bersesuaian atau mungkin tidak mengandungi bahan aktif. Sekiranya terdapat pesakit yang mengambil ubatan tradisional bersama ubatan moden, ahli farmasi