BAH3-KERTAS-PEMBENTANGAN manjung perak tengah

November 2, 2014  |  By  | 


2 | Program Perkongsian Amalan Terbaik Persekitaran Pembelajaran Maya Tahun 2014 Kertas Pembentangan 1 PEMBELAJARAN INTERAKTIF KATA NAMA AM KONKRIT MENGGUNAKAN FROG VLE Nor Azlin bt. Azizi SK Dato’ Sagor, 36800 Kampung Gajah, Perak Abstrak Amalan penggunaan Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bertajuk Kata Nama Am Konkrit difokuskan dalam kajian ini. Ia lebih kepada pembelajaran interaktif iaitu murid boleh belajar sendiri dengan menggunakan bahan yang disediakan. Kaedah ini disusun dalam beberapa langkah yang menarik bermula dengan video penerangan mengenai tajuk pelajaran sehinggalah kepada latihan berkaitan tajuk yang ditaip sendiri oleh murid dengan menggunakan pelbagai widget yang terdapat dalam Frog VLE. Data dikumpul dengan cara pemerhatian dan penilaian melalui latihan menulis yang telah diberikan kepada murid di dalam Frog VLE. Adalah diharapkan agar melalui kaedah pembelajaran interaktif ini akan memberikan semangat dan galakan kepada murid untuk menambahkan pemahaman terhadap sesuatu pelajaran serta dapat belajar dengan seronok. Ia juga sekaligus akan turut membantu guru- guru di sekolah menangani masalah dalam memberikan pemahaman kepada murid terhadap sesuatu tajuk pelajaran. Pendahuluan Kepentingan menguasai kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam abd ke 21 ini memang tidak dapat dinafikan. Keupayaan individu menguasai kemahiran ini dapat membantu mengharungi dunia ledakan maklumat yang semakin hari semakin pantas berlaku. Justeru, pendedahan kepada alam pengkomputeran perlu dilakukan pada peringkat awal lagi dengan secara terancang dan sistematik agar budaya pengkomputeran dapat dibina dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih positif. 2

More from nurul15199