Buku_Panduan_Pentaksiran_Kemahiran_Berfikir_Aras_Tinggi

January 2, 2015  |  By  | 


BAB 1 pentaksiran isi_Kemahiran_Aras_Tinggi_TERBARU_jus._Layout 1 12/16/13 2:27 PM Page 9 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 2 1.1 Konsep Pentaksiran Pentaksiran adalah proses mendapatkan maklumat dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan sama ada formatif, sumatif, formal dan informal, dalaman dan luaran bagi mendapatkan evidens yang boleh dipertimbangkan dan seterusnya membuat penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan. Proses ialah satu susunan langkah/ tindakan/operasi yang bertertib dan terarah yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki. Maklumat ialah evidens yang menggambarkan prestasi murid dalam sesuatu perkara yang ditaksir. Penghakiman merupakan proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan murid. Produk dalam konteks pendidikan merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai/adab yang diperoleh murid setelah melalui proses pendidikan. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghuraikan, mengumpulkan, merekodkan, memberikan skor dan menginterpretasikan maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang calon bagi tujuan tertentu. Pentaksiran haruslah dilihat sebagai: (a)Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. (b)Aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. (c)Aktiviti yang dijalankan secara berterusan. (d)Aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang baik. 1 .0 pentaksiran isi_Kemahiran_Aras_Tinggi_TERBARU_jus._Layout 1 12/16/13 2:27 PM Page 10 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

More from tapa